<

Friday, April 24, 2009

Tip bergaya agar penampilan kelihatan lansing

  1. pilih warna senada. busana dengan warna atau corak senada akan memperlihatkan kesan yang terbaik pada kelansingan badan anda.
  2. 'loose yourself', biarkan 'blazer' atau 'cargiden' anda tidak terkancing, agar kesan vertikel nampak lebih kuat pilih corak berjalur lurus dan tegak.
  3. pakai skaf panjang yang tidak terlalu lebar pada leher dan biar ia jatuh panjang.
    pilih sarung kaki yang warnanya senada dengan sepatu.
  4. elakkan memakai 'big belt' lebar dan besar yang hanya akan memberi kesan tubuh terbelah dua dan membuatkan anda kelihatan semakin pendek.
    hindari memakai aksesori 'choker' , lebih baik memilih rantai panjang yang berbentuk lonjong.
  5. tumit tinggi adalah satu kemestian. semakin tinggi sepatu, semakin membuatkan anda kelihatan lebih lampai. cuma anda perlu hindarinya memakai secara berterusan dan berganti dengan sepatu yang lebih selesa.
  6. pilih baju atasan dengan potongan leher berbentuk V. bentuk potongan leher ini akan membuat anda nampak lebih jinjang dan tinggi.
  7. jika anda bertubuh kecil dan berisi, hindari baju dengan motif besar, lebih baik motif kecil termasuk juga saku dan detailnya.

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget